10 IDEA MENARIK MENGGUNAKAN MOTIF JALUR DI RUANG TAMU



Motif jalur merupakan motif yang menjadi pilihan ramai. Selain memberikan gaya yang ringkas dan sesuai untuk pelbagai konsep ia juga punya banyak kelebihan yang tersendiri dan antaranya mampu memberikan impak yang menonjol dan sofistikated untuk mana-mana ruang. Sama ada memilih barstripes atau pinstripes kedua-duanya mampu memberikan impak yang menawan. Motif jalur juga versatile dan boleh melengkapi motif yang lain. Manakala merujuk tentang penyesuaian konsep pula kebiasaannya kertas dinding motif jalur ini banyak digunakan dengan penggayaan Inggeris dan moden.  

Bagi kediaman yang mempunyai siling rendah, penggunaan kertas dinding garis jalur menegak sesuai digunakan untuk memberikan ilusi ruang nampak tinggi. Manakala, untuk ruang sempit pula motif jalur melintang mampu memberikan ilusi ruang nampak lebar.  Daripada segi penggunaan warna pada jalur pula andai ingin menutupi semua dinding sesebuah ruang itu dengan kertas motif jalur sebaiknya pilihlah palet warna pastel yang cerah. Bagi yang hanya ingin fokus pada 'feature wall' semata warna yang terang serta menyerlah merupakan pilihan terbaik untuk impak yang menonjol. Elakkan menggunakan jalur menegak dan melintang dalam satu ruang yang sama kerana akan memberikan pandangan bersilang.

WEB IMPIANA kumpulkan 10 idea menarik menggunakan motif jalur di ruang tamu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

WAINSCOTING TERMURAH DI SEREMBAN

SPC FLOORING @ SEREMBAN

VINYL FLOORING TERMURAH DI NEGERI SEMBILAN